Wednesday, March 18, 2015

LISRAM Dijadikan Venue MNCTX Langkawi 2015

Lapangsasar Antarabangsa Langkawi (LISRAM) telah dijadikan venue eksesais Multination Counter Terrorism Exercise (MNCTX) Langkawi 2015 yang dianjurkan bersama oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Eksesais yang diadakan selama seminggu melibatkan pelbagai negara ini diadakan bertujuan bagi membendung ancaman pengganas termasuk kumpulan militan Negara Islam (IS).

Eksesais yang melibatkan seramai 173 peserta daripada 10 negara ASEAN dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) ini telah dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato' Alwi bin Hj. Ibrahim, Panglima Angkatan tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Omar.

Pasukan ATM diwakili oleh Grup Gerak Khas (GGK), Pasukan Khas Laut (Paskal) dan Pasukan Khas Udara (Paskau). PDRM pula diwakili Komando VAT69 dan Unit Tindakan Khas (UTK) manakala Maritim Malaysia, Pasukan Tindakan dan Penyelemat Maritim.





Tuesday, March 17, 2015

Sejarah Penubuhan

LISRAM dibina di atas tanah seluas lebih kurang 202 hektar dengan kos sebanyak RM80 juta dan siap pada tahun 1997. LISRAM pernah menjadi gelanggang beberapa kejohanan menembak antarabangsa termasuk Sukan Komanwel 1989.

LISRAM adalah merupakan antara lapang sasar terbaik di Asia Tenggara dengan dilengkapi sistem pemarkahan elektronik dan menjadi venue latihan skuad kebangsaan dalam persiapan ke Sukan SEA, kejohanan dunia serta Sukan Olimpik.


Carta Organisasi




Perjawatan

Kemudahan

Antara kemudahan sukan menembak yang terdapat di LISRAM ialah lapangsasar untuk acara pistol, Rifle dan Full Bore Rifle. Lapang Sasar Full Bore Rifle dengan jarak 1000 ela adalah merupakan satu-satunya lapangsasar yang terdapat di rantau ini.

HUBUNGI KAMI

Lapangsasar Antarabangsa Langkawi Malaysia
07000 Langkawi
Kedah

Telefon : 04-9600000
Fax      : 04-9660000

emel    : lisram@gmail.com